Bujang Senang
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Untuk filem, sila lihat Bujang Senang (filem).
Bujang Senang ialah nama seekor buaya yang mendiami Sungai Batang Lupar di Sri Aman, Sarawak, Malaysia. Buaya ini yang dari spesies Crocodylus porosus[1] berukuran 20 kaki panjang dan mempunyai jalur putih di belakang badannya. Bujang Senang dikatakan berumur 50 tahun.Buaya ini dikatakan bermaharajalela di sungai ini sejak tahun 1941.[2] Tidak diketahui berapa ramai orang yang telah menjadi mangsa kepada buaya ini, tetapi pada 20 Mei 1992, seorang wanita berbangsa Iban bernama Dayang anak Bayang telah menjadi mangsa Bujang Senang di Sungai Pelaban, anak Sungai Batang Lupar. Sekumpulan penembak tepat polis dan pemburu Iban telah berjaya menembak mati Bujang Senang setelah berusaha selama 4 jam pada 22 Mei 1992.
Tengkorak Bujang Senang kini dipamerkan di Muzium Sarawak di Kuching, Sarawak.
No comments:
Post a Comment